PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN AWAL KES IKAN MATI DI SUNGAI MELAKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

nursyuhada 17/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN AWAL KES IKAN MATI DI SUNGAI MELAKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

14 Julai 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah menjalankan siasatan berhubung aduan awam mengenai kejadian ikan mati di sekitar kawasan Sungai Melaka (berhampiran Melaka Sentral) pada 26 Jun 2025. Hasil siasatan mendapati kejadian ini dipercayai berpunca daripada perubahan paras air dan kandungan oksigen terlarut yang rendah. Tiada unsur pencemaran industri dikesan. Kerja-kerja pembersihan telah dimulakan oleh pihak bertanggungjawab. Pemantauan lanjut sedang diteruskan oleh agensi-agensi berkaitan. JAS Negeri Melaka akan terus memantau dan mengambil langkah sewajarnya demi memastikan kualiti air sungai sentiasa terpelihara. Sebarang aduan alam sekitar, hubungi Talian Aduan JAS: 1-800-88-2727. #JabatanAlamSekitar #JasMelaka #alamsekitartanggungjawabbersama #KementerianSumberAsliDanKelestarian

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan