PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA ~ PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN DUYONG, MELAKA

nursyuhada 15/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA ~ PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN DUYONG, MELAKA
Tahun
2025
Organisasi
KERAJAAN NEGERI MELAKA
Lokasi
DUYONG, MELAKA

Penerangan

14 Julai 2025, Duyong, Melaka - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah mengambil bahagian dalam reruai mesra sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Duyong, Melaka pada 13 Julai 2025 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abd Razak bin Abd Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya. Acara reruai mesra dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkait dengan kelestarian & penjagaan alam sekitar, isu-isu semasa termasuk aduan atau maklumbalas daripada penduduk sekitar. Program pendaftaran Rakan Alam Sekitar juga dijalankan semasa acara ini berlangsung. Selain itu poster larangan pembakaran terbuka dan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (household e-waste) diberikan kepada orang awam serta agensi yang terlibat. #JabatanAlamSekitar #JasMelaka #alamsekitartanggungjawabbersama #KementerianSumberAsliDanKelestarian

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan