Penerangan
10 Julai 2025, WP Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) serta mengadakan Pameran Alam Sekitar sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Puan Nur Ain Wong binti Abdullah, dan turut dihadiri oleh Puan Logaswary A/P Subramaniam, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG.
Puan Nor Iwani binti Basri, Ketua Unit Pengawasan & Kesedaran JASWPKL, telah menyampaikan ceramah berkaitan pelaksanaan dan pengisian program SLAAS kepada para pelajar dan warga IPG.
Selain daripada pameran, JASWPKL turut menyediakan kemudahan pendaftaran keahlian baharu Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKL
#AlamSekitarTanggungjawabBersama