Penerangan
11 Julai 2025, BINTULU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu, Sarawak dengan kerjasama Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Bintulu telah mengadakan taklimat integriti bahaya penggunaan dadah dengan objektif untuk meningkatkan integriti penjawat awam, mengamalkan tatakelola yang baik dan mencegah kakitangan daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Taklimat integriti tersebut telah disampaikan oleh Encik Nicholas Sam, AADK Bahagian Bintulu. Selain daripada itu, ujian saringan urin juga dijalankan sebagai langkah proaktif dalam membendung gejala dadah di kalangan anggota dan menyokong kempen "Tempat Kerja Bebas Dadah". Taklimat ini juga disertai secara atas talian oleh kakitangan JAS Sarawak di Kuching, Sibu dan Miri.