- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Unit Penguatkuasaan
- Lokasi
- Kawasan Mukim Chukai, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Kg Labohan, Kg Cabang, Semanyor, Air Jernih, Payoh, Ibok, Padang Kemunting, Bukit Anak Dara, Bukit Mentok, Binjai, Mak Chili dan Gong Limau
Penerangan
1. Tujuan Rondaan
Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan siasatan aduan, hotspot, rondaan pembakaran terbuka, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian.
2. Kawasan Pemantauan
Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kawasan Mukim Chukai, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Kg Labohan, Kg Cabang, Semanyor, Air Jernih, Payoh, Ibok, Padang Kemunting, Bukit Anak Dara, Bukit Mentok, Binjai, Mak Chili dan Gong Limau. Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini.
3. Pemantauan Check Dam
Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di ALOR KG TELUK KALONG KEMAMAN,No. TCD46 turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati check dam beroperasi dengan baik dan bacaan aras air 0.9m
4. Kempen Kesedaran
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di Kijal dan Binjai dalam sebagai peringatan dan amaran untuk mencegah pembakaran terbuka di kawasan tersebut.
5 . Senarai Premis yang Dipantau di kawasan Perindustrian Telok Kalong ialah;
• Red Team (m) sdn bhd
• Offshore avenue
• Mmessb
• Ecom
• Bumi Wangsa Maju
• Rf global
• Marine service Sdn Bhd
• Cenderawasih Eng Sdn Bhd
• Fast 9 sdn bhd
• Meerza Resources sdn bhd
• Fes Equipment Service Sdn Bhd
• Carimin Eng Service Sdn Bhd
6. Pemantauan Sungai Kerteh
Hasil pemantauan DO( Dissolved Oxygen) di kawasan sungai kerteh menunjukkan parameter DO dalam keadaan baik.
Cuaca mendung & panas semasa rondaan dijalankan.