PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU

maisarah 15/07/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU
Tahun
2025
Organisasi
Unit Penguatkuasaan
Lokasi
Mukim Losong, Batu 6, Tepoh, Hulu Nerus, Chalok, Sungai Tong, Lembah Bidong, Tembila dan Kg Raja

Penerangan

1. Tujuan Rondaan Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian. 2. Kawasan Pemantauan Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Mukim Losong, Batu 6, Tepoh, Hulu Nerus, Chalok, Sungai Tong, Lembah Bidong, Tembila dan Kg Raja. Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini. 3. Pemantauan Projek Check Dam Kempen Kesedaran Beberapa banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi pengumpulan stacking sebagai peringatan dan amaran kepada orang awam/penduduk setempat. 4. Pemantauan Sungai Pemerhatian dilakukan di beberapa anak sungai sekitar daerah Setiu dan Besut. Hasil pemantauan mendapati tiada aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran sungai. 5. Senarai Premis yang Dipantau * Kilang Papan Desa Medang Sdn. Bhd. * Kilang Papan Dasar Bahagia * Kilang Papan Jertih Timbers Sdn. Bhd. * MGV Industries Sdn. Bhd. * API Terengganu Sdn. Bhd. * AFI Brake Sdn. Bhd. * RD Papers Sdn. Bhd. * Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan