PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN

maisarah 15/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
Kawasan Mukim Chukai, Banggol, Telok Kalong, dan Binjai (Mak Chili, Binjai, Alam Perdana, Sungai Pinang, Neram, Jln Jerangau Jabor , Bukit Kuang, dan Telok Kalong

Penerangan

1. Tujuan Rondaan Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan siasatan aduan, hotspot, rondaan pembakaran terbuka, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian. 2. Aduan Pemeriksaan susulan berkenaan aduan jalan berminyak di kawasan Kilang Kelapa Sawit Felda Neram telah dijalankan. Kelihatan jalan masih berminyak dan kerja-kerja cucian masih belum dijalankan. 3. Kawasan Pemantauan Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kaw. Mukim Chukai, Banggol, Telok Kalong, dan Binjai (Mak Chili, Binjai, Alam Perdana, Sungai Pinang, Neram, Jln Jerangau Jabor , Bukit Kuang, dan Telok Kalong. Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini. Pemantauan cerobong di Kawasan Kilang Eastern Steel menunjukkan pelepasan asap dari cerobong dalam keadaan terkawal. 4. Pemantauan Projek Check Dam Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Sg Kg Mak Chili, No. TCD54 turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati check dam beroperasi dengan baik dan bacaan aras air tidak dapat diambil kerana ditumbuhi rumput yang agak panjang. Disyorkan penyelenggaraan oleh jps dijalankan. 5. Kempen Kesedaran Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di taman sebagai peringatan dan amaran kepada di kawasan yang berpotensi berlakunya pembakaran terbuka. 6 . Senarai Premis yang dipantau di kawasan Perindustrian Telok Kalong dan Neram ialah; • Eastern steel • Kbc • Tosoh • Graymount • Sf heavy • rhm • oosb • faiz engineering • bumi wangsa • hextar kimia • dayang ent • malay sino • see sen *Kks Neram 7. Pemantauan Sungai Pinang Hasil pemantauan di kawasan Sungai Pinang (water intake) menunjukkan tiada sebarang pencemaran dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan