- Tajuk
- MAJLIS PENYERAHAN DRON DAN PENGANJURAN KURSUS PENGENDALIAN DRON JAS
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI TERENGGANU
- Lokasi
- PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI TERENGGANU
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar Terengganu telah memperoleh satu (1) unit dron daripada pembekal bagi kegunaan operasi pemantauan, penguatkuasaan dan siasatan alam sekitar. Majlis penyerahan dan kursus ini telah disempurnakan oleh En Hamzah bin Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Terengganu bertempat di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Terengganu yang disaksikan oleh pegawai-pegawai JAS Terengganu termasuk cawangan JAS Kemaman.
Dron yang diterima ini akan digunakan dalam pelbagai operasi di lapangan seperti menjalankan pemantauan pencemaran udara dan air, menjalankan siasatan di kawasan sensitif dan terpencil serta menjalankan operasi pematuhan alam sekitar
Seiring dengan itu, JAS turut menganjurkan Kursus Pengendalian Dron khas untuk pegawai-pegawai penguat kuasa JAS bagi memastikan penggunaan dron dapat dilaksanakan dengan selamat, cekap dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuklah menjalankan latihan pengendalian dan kawalan dron dan mengadakan demonstrasi operasi pemantauan udara.
Penganjuran kursus ini merupakan langkah proaktif JAS dalam memperkasakan teknologi pemantauan alam sekitar seiring perkembangan teknologi semasa.