Penerangan
8 Julai 2025, BATANG AI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah dijemput sebagai penceramah sempena Minggu Kecemerlangan Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE Excellence Week) 2025 anjuran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Batang Ai, Sarawak Energy Berhad (SEB). HSSE Excellence Week 2025 diadakan bermula 7 Julai sehingga 11 Julai 2025. Ceramah bertajuk Pengurusan Buangan Terjadual e-Waste merangkumi punca penghasilan, jenis-jenis e-Waste, kesan pelupusan yang tidak betul serta kaedah pelupusan yang selamat telah disampaikan oleh En. Abang Zaharuddin, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan JAS Sarawak bertempat di Training Centre Batang Ai Operator Residence.
Sesi ceramah kesedaran alam sekitar dijalankan selepas aktiviti plogging dan pengumpulan buangan e-waste dilaksanakan di Lubok Antu Granstand pada sesi pagi. Sesi ini telah dihadiri oleh kakitangan Stesen Batang Ai seramai 80 orang yang diketuai oleh En. David Gunda, Pengurus Besar stesen janakuasa berkenaan. Antara agensi lain yang terlibat adalah Majlis Daerah Lubok Antu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.