Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Miri telah mengadakan lawatan rasmi ke Balai Bomba Lawas pada 9 Julai 2025 bagi menyerahkan banner dan risalah larangan pembakaran terbuka kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai usaha bersama mempertingkatkan kesedaran awam dan kesiapsiagaan menghadapi musim kering.
Rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka turut dijalankan di sekitar kawasan Limbang dan Lawas bagi memantau dan mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang menyalahi undang-undang. JAS komited dalam memastikan kualiti udara yang bersih dan sihat untuk kesejahteraan semua.
Orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada talian hotline JAS.
Usaha, prihatin dan kerjasama daripada pelbagai pihak dan juga orang ramai adalah amat diperlukan agar alam sekitar dipelihara.