PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

SEMINAR MEMPERKUKUH KEMAMPANAN INDUSTRI SAWIT DI SABAH 2025 BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025 NEGERI SABAH

chai 11/07/2025 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR MEMPERKUKUH KEMAMPANAN INDUSTRI SAWIT DI SABAH 2025 BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025 NEGERI SABAH
Tahun
2025
Organisasi
JAS SABAH
Lokasi
KOTA KINABALU

Penerangan

3 Julai 2025, Kota Kinabalu - Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (Kelab JASAba) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah telah menganjurkan Seminar Memperkukuh Kemampanan Industri Sawit Di Sabah bertempat di Hotel Suria 7 Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 230orang peserta dan 10 pempamer telah menghadiri seminar pada hari ini yang juga terdiri daripada pengurus kilang sawit, pengurus ladang sawit, konsultan alam sekitar serta penyedia teknologi. Seminar ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Yaras Hj Yusup, Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (menanggung tugas Pengarah JAS Sabah) 5 pembentangan yang telah berjaya dilaksanakan adalah berikut:- - Pematuhan Kilang Kelapa Sawit di Sabah & Isu isu Semasa - Pelesenan KKS (Polisi & Arahan Terkini) & Pelaksanaan eSWIS Versi 2 - Operasi Kilang Kelapa Sawit: 25 Perkara Penting KKS Perlu Tahu - Clearing up the opacity of Particulate Emissions from Palm Oil Mill Boilers (perkongsian Technology Provider) - Effective Composting Management & Solutions To Palm Oil Mills Waste Management In Malaysia (perkongsian Technology Provider) Seminar pada hari ini juga dilengkapi dengan Sesi Dialog Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah Bersama Peserta, Penyampaian Sijil Penghargaan Amalan Pengeluaran Bersih Kilang Kelapa Sawit Negeri Sabah Tahun 2024 dan Penyampaian Anugerah Pematuhan Terbaik Kilang Kelapa Sawit di Negeri Sabah #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_julai2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan