Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN TERHADAP LOJI RAWATAN KUMBAHAN DI DAERAH SEBARANG PERAI SELATAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Unit Penguatkuasaan SPS JAS Negeri Pulau Pinang
- Lokasi
- LOJI RAWATAN KUMBAHAN DI DAERAH SEBARANG PERAI SELATAN
Penerangan
Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas Loji Rawatan Kumbahan telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan SPS JAS Negeri Pulau Pinang pada 18 Jun 2025 yang lalu di daerah Seberang Perai Selatan. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi memastikan pematuhan berterusan dilaksanakan oleh pihak premis dalam mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, pemeriksaan analisis in-situ dijalankan ke atas sampel kumbahan dan sampel kumbahan juga diambil pada takat pelepasan akhir untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia. Persampelan analisis insitu dan persampelan kumbahan ini bertujuaan memastikan kumbahan yang dilepaskan mematuhi standard pelepasan yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya