Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KEJOHANAN SEPAKAN PENALTI EWASTE SEMPENA HARI ALAM HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025 ANJURAN JAS PULAU PINANG DENGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang
- Lokasi
- UiTMCPP Kepala Batas, Pullau Pinang
Penerangan
Kejohanan Sepakan Penalti Ewaste Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 bertempat di UiTMCPP Kampus Bertam disambut meriah dengan penyertaan 24 pasukan dari agensi kerajaan, industri, institusi pendidikan, pemaju projek dan syarikat swasta. Kejohanan ini adalah anjuran JAS Pulau Pinang dan Kelab Samudera Utara (KESADRA) di bawah KD Sri Pinang PSS TDLM dengan kerjasama UiTMCPP Kampus Bertam dan Century Surf Sdn. Bhd.
Kejohanan ini ditambah seri dengan kehadiran tetamu jemputan En Mohd Faiz Subri, merupakan pemain bola sepak pertama dari Benua Asia yang memenangi Anugerah Puskás FIFA 2016 yang mana diumumkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland. Barisan tetamu kehormat iaitu Tuan Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang, Ts. Dr. Mohamad Azhar bin Mohd Noor, Timbalan Rektor UiTMCPP Kampus Bertam dan Encik Victor Ch’ng Pik Siang, Executive Director Century Surf dengan diiringi Komander So Lea Kun, Pegawai Memerintah KD Sri Pinang telah memulakan sepakan dan diakhiri tendangan padu dari Mohd Faiz Subri sebagai gimik pembuka tirai majlis kejohanan.
Program ini diadakan untuk memberikan kesedaran tentang pelupusan ewaste secara selamat dimana setiap pasukan perlu menghantar ewaste sebagai syarat penyertaan. Kaunter pengumpulan ewaste juga dibuka kepada orang awam dan pameran alam sekitar turut diadakan. Kutipan ewaste terkumpul adalah hampir 2MT dan pasukan Dr. Han FC (Kerjaya Prospek Sdn. Bhd.) menjadi pasukan terbanyak mengumpul ewaste.
Para peserta telah menunjukkan kehebatan dengan aksi memukau di hadapan gawang dan kemenangan telah berpihak kepada Berapit FC dari JKR Kuala Muda, naib johan dari Kami FC (Family Corner), tempat ketiga dari Sang Saka Biru FC 1 (Ibu Pejabat Polis Daerah SPU) dan tempat keempat dari Dr. Han FC (Kerjaya Prospek Sdn. Bhd.) Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semua yang menyertai kejohanan ini.
Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini termasuklah rakan kerjasama dari MSM Prai Berhad dan Syarikat Hang Tuah yang turut membantu menjayakan program ini.
Gambar / Video Penuh
Muat turun memerlukan log masuk. Sila log masuk untuk mengakses fail penuh.