Penerangan
2 JULAI 2025, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi & Unit JB Barat Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti penyaduran di Kulai berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 bagi 1 unit Sistem Pengolahan Effluen Perindustrian (IETS)
Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati punca - punca effluen yang dimasukkan ke dalam 'as built drawing' tidak mewakili sifatnya (characteristic) di lapangan. Label - label bahan kimia di dalam 'as buit drawing' tidak sama dengan binaan di lapangan. Pengoperasian unit operasi bagi 'bag filter' dan rekod pemantauan prestasi di dalam dokumen Perisytiharan Bertulis dan di premis kilang berbeza.
Satu 'field citation' telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah penambahbaikan pada 'as built drawing' dan rekod pemantaun prestasi bagi keseluruhan sistem.