Penerangan
9 Julai 2025, MELAKA - Satu sesi taklimat pematuhan dan penyerahan lesen pembaharuan kepada kilang kelapa sawit (KKS) di Melaka sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2025 telah diadakan pada pagi ini dengan kehadiran wakil daripada tiga (3) buah kilang kelapa sawit (KKS) iaitu KKS Diamond Jubilee, KKS Kempas dan KKS Bell Sri Lingga.
Program dimulakan dengan amanat oleh Tuan Pengarah yang menekankan kepentingan pematuhan penuh terhadap syarat lesen bagi tahun 2025.
Seterusnya, taklimat pematuhan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Operasi, yang memberikan penjelasan terperinci berkenaan garis panduan pematuhan serta aspek teknikal yang perlu diberi perhatian oleh pihak KKS.
Sesi diteruskan dengan sesi soal jawab, di mana wakil premis mengambil peluang untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keperluan pematuhan, diikuti dengan majlis penyerahan lesen pembaharuan kepada wakil KKS terlibat.
Jabatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua wakil KKS yang hadir atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pengurusan kilang kelapa sawit yang lebih mampan dan patuh undang-undang di negeri Melaka.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian