Penerangan
1.Seksyen Geospatial, Jabatan Alam Sekitar (JAS), yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Shafe’ee Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBhg. Dato’ LSr Hazri Bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
2.Kunjungan ini merupakan satu platform rasmi bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam bidang geospatial dan teknologi dron. Ia juga bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang memerlukan perhatian bersama serta meneroka potensi kerjasama yang lebih erat antara JUPEM dan JAS.