Penerangan
9 Julai 2025, MELAKA - Pasukan rondaan JAS Melaka telah menyiasat aduan orang awam berkaitan pencemaran air sungai semalam. Pemeriksaan di kolam Tapak Pelupusan Sampah Sungai Udang mendapati tiada kebocoran air larut resapan dikesan. Wakil premis mengesahkan bahawa keadaan terkawal di kolam rawatan air larut resapan. Selain itu, benteng di kolam telah ditinggikan bagi mengawal pelepasan air larut resapan.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian