- Tajuk
- KURSUS MISI PENERBANGAN DRON ZON BORNEO
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Seksyen Geospatial, Bahagian Teknologi Maklumat
- Lokasi
- Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri, Sarawak
- Diskripsi
- 1.Kursus dianjurkan khusus kepada pegawai-pegawai JAS di Negeri Sabah, Sarawak, Labuan serta Pejabat Cawangan yang terlibat dalam pengendalian dron.
2.Seramai 34 orang peserta, penceramah dan urusetia terlibat dalam kursus ini.
3.Semasa kursus, peserta diberi latihan pengendalian dron berspesifikasi tinggi dengan penekanan kepada perkara asas yang perlu diberi perhatian dalam menyediakan misi penerbangan dron.
4. Latihan dijalankan secara teori dan praktikal di lapangan dengan pemantauan fasilitator yang terdiri daripada pegawai JAS yang telah mempunyai sijil kompetensi RCoCB.
5. Peserta juga diajar memproses cerapan imej dron bagi menghasilkan imej raster untuk dimuatnaik dalam sistem GeoSpAS.