PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

RONDAAN OMPT JASWPL: TIADA PEMBAKARAN TERBUKA DIKESAN

shayuti 09/07/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT JASWPL: TIADA PEMBAKARAN TERBUKA DIKESAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

LABUAN, 10 Mei 2025 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di kawasan industri, kampung, pantai, sungai, dan paya bakau sekitar Labuan. Rondaan darat dan pemantauan menggunakan dron tidak mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka atau pencemaran alam sekitar. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas satu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan satu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum. Orang ramai digalakkan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau portal eAduan: https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Mei_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan