Penerangan
7-8 MEI 2025, W.P. LABUAN – Satu bengkel penyediaan MOSCoP & PTPP telah dianjurkan dengan jayanya oleh Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan dengan kerjasama PETRONAS di W.P. Labuan. Bengkel ini berlangsung di Hotel Lazenda, W.P. Labuan pada 7-8 Mei 2025.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC, Pengarah Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan. Seramai 40 peserta dari pelbagai agensi kerajaan termasuk pemain industri dari W.P. Labuan – telah menyertai bengkel ini.
Bengkel ini memberi fokus kepada penyediaan pelan MOSCoP & PTPP peringkat W. P. Labuan serta kefahaman serta peningkatan kemahiran peserta terhadap peranan dan fungsi penting oleh setiap agensi kerajaan berkaitan khususnya dalam menghadapi sebarang insiden kes tumpahan minyak di laut dan pantai di W. P. Labuan.
Turut hadir sebagai penceramah jemputan khas ialah Puan Norina ak Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Air & Marin, Ibu pejabat JAS, Putrajaya.
Taklimat PTPP pula telah disampaikan oleh Puan PPKT Liana binti Johari, daripada JASWPL.
Selain itu, pihak PETRONAS juga telah mengadakan sesi perkongsian dan perbincangan bersama-sama semua agensi kerajaan yang hadir mengenai latih amal @ simulasi tumpahan minyak yang akan diadakan di PETRONAS, W.P. Labuan pada bulan Jun 2025.
JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak PETRONAS, agensi-agensi kerajaan berkaitan, para pemain industri yang telah terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
Diharapkan bengkel ini menjadi pemangkin kepada pengurusan alam sekitar yang lebih efisien dan lestari pada masa hadapan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Mei_2025