- Tajuk
- Naziran Peralatan ICT di JAS Negeri oleh Unit Operasi Rangkaian dan Operasi JAS Ibu Pejabat
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Bahagian Teknologi Maklumat
- Lokasi
- JAS Wilayah Persekutuan Labuan dan JAS Negeri Sarawak
- Diskripsi
- Unit Operasi, Rangkaian dan Pusat Data, Bahagian Teknologi Maklumat JAS telah melaksanakan program Naziran ICT ke Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak pada 10 hingga 13 Februari 2025. Program ini bertujuan untuk memastikan pengurusan aset ICT di kedua-dua agensi dilaksanakan dengan cekap, selamat dan mengikut dasar serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh BTM, JAS. Selain itu, Naziran ICT ini turut memantau tahap pematuhan terhadap Polisi Keselamatan Siber (PKS) JAS yang bertujuan untuk melindungi data dan sistem daripada sebarang risiko ancaman dan insiden keselamatan ICT yang boleh memberi impak kepada operasi jabatan.