- Tajuk
- BENGKEL PENGURUSAN KESELAMATAN DOKUMEN RAHSIA RASMI DAN PENGURUSANNYA DI DALAM PERSEKITARAN ICT
- Tahun
- 2025
- Lokasi
- Bilik Mesyuarat Cempaka, Jabatan Alam Sekitar.
- Diskripsi
- Tarikh: 14 April 2025
Penglibatan: Bengkel ini telah dihadiri oleh Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); Tuan Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin; serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Air dan Marin, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Penilaian, dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Peserta: 40 orang peserta daripada pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan negeri Johor, termasuk:
• Jabatan Peguam Negara;
• Jabatan Hal Ehwal Maritim;
• Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;
• Agensi Angkasa Malaysia (MYSA);
• Jabatan Kimia Malaysia;
• Jabatan Laut Malaysia;
• Jabatan Perikanan Malaysia;
• Jabatan Perikanan Negeri Johor;
• Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia;
• Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan;
• Kementerian Pengangkutan;
• Kementerian Luar Negeri;
• Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;
• Majlis Keselamatan Negara;
• Lembaga Pelabuhan Johor;
• Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor;
• Kapal Diraja Sultan Ismail (KDSI); dan
• Pusat Pencerapan Bumi, Universiti Kebangsaan Malaysia selaku Rakan Strategik.
Bahagian Air dan Marin, JAS, telah menjemput penceramah daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan dokumen rahsia rasmi. Tujuan taklimat ini adalah untuk meningkatkan pematuhan terhadap pengendalian dokumen rahsia rasmi kerajaan serta melindungi maklumat tersebut daripada sebarang kebocoran yang boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara.