Penerangan
MESYUARAT DAN LAWATAN KERJA PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DI TABOH NANING, ALOR GAJAH MELAKA
8 Julai 2025, MELAKA- Mesyuarat dan Lawatan kerja pengurusan buangan terjadual telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taboh Naning Alor Gajah, Melaka dengan objektif untuk memperkukuhkan pengurusan buangan terjadual yang dilaksanakan oleh JAS Negeri dengan lebih teratur mengikut Standard Operating Procedure (SOP) terutama bagi kes-kes penyitaan berkaitan buangan terjadual. Mesyuarat telah membincangkan tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri yang berkaitan serta aspek keselamatan dan kesesuaian penstoran buangan terjadual.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan turut dihadiri En Rosli Bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, En Abdul Aziz Bin Parmin , Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Wakil Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Berbahaya JAS Alam Sekitar Malaysia serta wakil- wakil dari JAS Negeri Selangor, Melaka dan Pahang.
‘ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA’