Penerangan
8 Julai 2025, MELAKA - Pasukan rondaan JAS Melaka telah menyiasat aduan TPS Sg Udang pada 5 Julai 2025 yang lalu. Hasil rondaan mendapati kolam takungan air larut resapan penuh dan benteng kolam dilihat telah ditinggikan bagi mengekang limpahan air larut resap tanpa dirawat. Operator tapak telah diarahkan untuk mengambil langkah-langkah pembaikan segera bagi memastikan semua air larut resap yang dihasilkan dirawat sebelum dilepaskan ke alur air. Keadaan air Sg Seberang Gajah tiada kesan campuran daripada air larut resapan. Namun keadaan di muara Sg. Lereh seperti ada percampuran air larut resapan dari TPS berkenaan.
Pemantauan berkala daripada JAS Melaka akan dijalankan bagi memantau keadaan tapak berkenaan.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian