PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

KUALA LUMPUR SUSTAINABLE SCHOOLS EXHIBITION 2025 (KLSSE2025) & NATIONAL SUSTAINABILITY CHALLENGE (NaSIC'25)

Arwan 09/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUALA LUMPUR SUSTAINABLE SCHOOLS EXHIBITION 2025 (KLSSE2025) & NATIONAL SUSTAINABILITY CHALLENGE (NaSIC'25)
Tahun
2025
Organisasi
Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
Lokasi
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

Penerangan

13-14 Jun 2025, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput untuk menghadiri dan menjayakan program Kuala Lumpur Sustainable School Exhibition 2025 (KLSSE 2025) dan National Sustainability Innovation Challenge 2025 (NaSIC’25) anjuran Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju. Turut hadir ialah Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL; Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim; dan Ketua Lokal Agenda 21 Kuala Lumpur, DBKL. Sepanjang program ini, JASWPKL telah membuka booth Promosi Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) dan menyampaikan ceramah berkaitan penyertaan serta penganugerahan SLAAS kepada para hadirin. JASWPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UTM Kuala Lumpur atas jemputan serta kerjasama yang diberikan. Semoga hubungan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha bersama memelihara dan memulihara alam sekitar, khususnya di Ibu Negara Malaysia. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASWPKL #alamsekitartanggungjawabbersama #HariAlamSekitarSedunia2025 #KLSSE2025 #NaSIC'25 #SustainabilityStartsNow #GreenLeaders

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan