PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel,Pengurusan JAS

SEMINAR TOLERANSI SIFAR TERHADAP PERLAKUAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Arwan 09/07/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR TOLERANSI SIFAR TERHADAP PERLAKUAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2025
Organisasi
JASWPKL
Lokasi
JASWPKL

Penerangan

03 Julai 2025, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menganjurkan Seminar Toleransi Sifar Terhadap Perlakuan Gangguan Seksual dengan pengisian Program berkaitan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Bertempat di Ruang Legar JASWPKL, seramai 64 orang pegawai JASWPKL telah menyertai Seminar tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Aireen binti Ahmad Shahuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas. Program ceramah ini adalah salah satu usaha dalam memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai salah laku gangguan seksual, menerangkan tatacara pengurusan kes-kes gangguan seksual di tempat kerja mengikut peraturan dan pekeliling yang diperuntukkan. Melalui program ini juga, pegawai akan lebih memahami jenis-jenis gangguan seksual dan tindakan pencegahan yang wajar dijalankan oleh pihak Jabatan. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASWPL #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan