Penerangan
7 Julai 2025, MELAKA - Lawatan tapak oleh Unit Pendidikan dan Pengawasan JAS Negeri Melaka ke Sekolah Rendah Agama (JAIM) Merlimau Pasir, Melaka bagi persediaan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2025 telah diadakan pada 3 Julai 2025 yang lalu.
Perbincangan telah dilakukan bagi mengenalpasti lokasi yang terlibat bagi program ini.
Warga Merlimau dialu-alukan untuk menyertai Program Hijau yang akan dilaksanakan pada 21 Julai 2025. Bagi penyumbang household e-waste dan minyak masak terpakai, anda akan dibayar mengikut timbangan sisa iaitu RM0.30/kg (e-waste) dan RM3.00/kg (minyak masak terpakai).
Ayuh sumbangkan sisa e-waste dan minyak masak terpakai untuk menjamin kelestarian alam sekitar.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian