Penerangan
Tarikh: 18 Februari 2025
FGD ini telah dipengerusikan oleh: Tuan Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin (BAM), JAS dan dihadiri oleh Puan Ling Ling Chui (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Perlindungan Air Marin), Puan Noor Syahirah Norrashid (Penolong Pengarah, Seksyen Perlindungan Air Marin), Professor Madya Dr. Sazlina Md Salleh (Ketua Projek Pusat Penyelidikan Dasar USM), Prof Madya Dr Mahadi Mohammad (Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, USM) dan Puan Nur Ain Amani Abdul Mubin (Penyelidik Pusat Penyelidikan Dasar USM).
Sesi FGD ini diadakan bertujuan: untuk membantu para penyelidik daripada USM mendapatkan maklumat dan data tambahan berkenaan dengan penglibatan komuniti pesisir pantai dalam konteks sosioekonomi dalam melengkapkan kajian bertajuk Malaysia Oceans Scoping: Socioeconomic and Ocean Conservation Policies. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu yang memberi impak kepada sosioekonomi komuniti pesisir pantai di beberapa negeri utama di Malaysia, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Sabah.
Semoga sesi FGD ini dapat memberikan input yang bermakna dalam usaha bersama antara pihak JAS dan USM untuk melindungi alam sekitar dan memastikan kelestarian sumber-sumber semula jadi bagi generasi akan datang.