PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PROGRAM LAWATAN PERBINCANGAN KE PREMIS ETIKA BEVERAGES SDN BHD (ASAHI HOLDINGS SOUTHEAST ASIA SDN. BHD.), DAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN (IWK) HLT 276,BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

rosmanyah 09/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LAWATAN PERBINCANGAN KE PREMIS ETIKA BEVERAGES SDN BHD (ASAHI HOLDINGS SOUTHEAST ASIA SDN. BHD.), DAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN (IWK) HLT 276,BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
Tahun
2025
Organisasi
Seksyen Audit Beban Pencemaran, Bahagian Air dan Marin
Lokasi
Etika Beverages Sdn Bhd (Asahi Holdings Southeast Asia Sdn. Bhd.) Dan Loji Rawatan Kumbahan (IWK) HLT 276, Bandar Baru Bangi, Selangor,

Penerangan

Tarikh: 7 Julai 2025 (Rabu) Kehadiran: Program ini juga disertai oleh wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kajang dan juga Firma Perundangan Zaid Ibrahim & Co selaku perunding yang dilantik. Tujuan Program : Program lawatan ini di adakan selaras dengan keperluan bagi semakan semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, perundangan berkaitan Kawalan Pencemaran Air. Dalam proses semakan semula tersebut, Jabatan akan melaksanakan Kajian Penyediaan Dokumen Penyata Impak Peraturan (Regulatory Impact Statement, RIS) Bagi Cadangan Pindaan Kepada Perundangan Berkaitan Kawalan Pencemaran Air. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyediakan satu dokumen RIS sebagaimana yang ditetapkan di bawah National Policy on Good Regulatory Practice (NPGRP).memberikan manfaat besar dengan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dengan pihak premis terutamanya bagi Sistem Pengolahan Efluen Industri. Dengan adanya lawatan seperti ini, pemahaman mengenai jenis loji rawatan terlibat dapat dipertingkat serta menjadikan proses semakan peraturan ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan