Penerangan
SESI PENGAUDITAN DAN PENTAULIAHAN PERALATAN BAHARU PENGAWASAN AIR MARIN AUTOMATIK JAS NEGERI MELAKA
7 Julai 2025, MELAKA - Satu sesi telah diadakan oleh Seksyen Kawalselia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara, JAS dan Bahagian Air dan Marin bagi pengauditan dan pentauliahan peralatan baharu pengawasan kualiti air marin automatik di Stesen CM02 M Beacon JLM Pulau Undan Melaka pada 3 Julai 2025 yang lalu.
TAC ini bertujuan untuk memastikan peralatan baharu yang digantikan di bawah Asset Replacement Program memenuhi spesifikasi dan skop yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi bagi Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) antara JAS dan syarikat konsesi Pakar Scieno TW Sdn. Bhd.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian