Penerangan
28 Jun 2025, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput menyertai Program Dialog Bandaraya Parlimen Bukit Bintang 2025 sebagai pempamer.
Bertempat di D'Studio Perpustakaan Kuala Lumpur, Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL. Turut hadir YB Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang dan pihak pengurusan tertinggi bagi mendengar secara langsung pandangan dan isu yang dibangkitkan oleh warga kota.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di reruai pameran JASWPKL seperti pameran E-waste serta kuiz uji minda melalui permainan interaktif dan kuiz silang kata. Selain itu, JASWPKL turut juga menyediakan kemudahan pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama