Penerangan
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR ‘RIVER WE SHARE, TOGETHER WE CARE’ SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
5 Julai 2024, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Haleon Malaysia dan Persatuan Warisan Anak-Anak Masyarakat Kampung Padang Balang (PEWARIS) telah menganjurkan program kesedaran Alam Sekitar ‘River We Share, Together We Care’ bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 bertempat di Kampung Padang Balang.
Program sambutan yang berkonsepkan riadah ini telah diserikan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju. Turut sama mengiringi Yang Berhormat, Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL, Tuan Haji Rosden Mohd Yassin, Pengerusi PEWARIS dan Encik Alastair Reed, Site Director Haleon Malaysia. Turut hadir sama, Puan Norhayati binti Mat Said, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Tuan Inspektor Hasbuhullah Muda, Ketua Polis Balai Polis Setapak.
Dengan penyertaan hampir 300 orang, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya seperti:
Padang Balang Fun Run 2025
Demonstrasi pembuatan Mudball oleh Pelajar SK La Salle 1 Brickfields
ESG Treasure Hunt
River Bank Conservation
Demonstrasi pengawasan kualiti air sungai oleh JASWPKL
Balingan Bebola Lumpur
Jom Kitar Semula - Pengumpulan E-waste & Minyak masak terpakai
Kuiz Alam Sekitar & Permainan Interaktif
Aktiviti Mewarna Kanak-kanak
Edaran pokok herba percuma
JASWPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan strategik, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta serta institusi pendidikan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan supaya sambutan dan usaha ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya Warga Kuala Lumpur mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta menggalakkan penglibatan semua pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama
#HariAlamSekitarSedunia2025