PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS BAGI JAS TERENGGANU

maisarah 07/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS BAGI JAS TERENGGANU
Tahun
2025
Organisasi
Unit Penguatkuasaan
Lokasi
Kampung Pasir Panjang. Kuala Terengganu, Taman Seri Intan, Dungun, Kampung Tebing Tembah, Dungun dan Parit Industri Batu 7, Dungun

Penerangan

1.Team rondaan menjalankan siasatan eAduan : 2025-04209 dan 2025-04246, di Kampung Pasir Panjang. Kuala Terengganu mendapati aduan Pembakaran Terbuka (PT) adalah berasas. Terdapat beberapa kesan longgokan PT berskala kecil di sekitar kawasan rumah pelaku. Tindakan memasang banner, edaran risalah Larangan PT dan memberi amaran lisan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti PT serta membuang sampah domestik dan pukal ke tempat pembuangan sampah yang disediakan oleh PBT. 2.Team rondaan menjalankan siasatan eAduan : 2025-04176, di Taman Seri Intan, Dungun mendapati aduan Pembakaran Terbuka (PT) adalah berasas. Terdapat beberapa kesan longgokan PT berskala kecil di sekitar kawasan rumah pelaku dan tiada saksi semasa siasatan dijalankan. Tindakan memasang banner dan meninggalkan risalah Larangan PT supaya tidak melakukan sebarang aktiviti PT. 3.Team rondaan menjalankan siasatan aduan melalui telefon di Kampung Tebing Tembah, Dungun mendapati aduan PT berasas. Semasa siasatan dijalankan terdapat aktiviti pembersihan tanah dengan kesan PT sisa longgokan pokok kayu. Tindakan memasang banner Larangan PT dan merekod koordinat serta lot tanah kawasan tersebut. 4.Team rondaan telah membuat pemantauan ke atas Check Dam TCD 01/2019 di Parit Industri Batu 7, Dungun berfungsi dengan baik dan paras aras berada pada paras tinggi. Pemantauan melalui dron di kawasan tersebut mendapati tiada PT dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan