PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

Kempen Larangan Pembakaran Terbuka dan Hindari Plastik Sekali Guna di Negeri Perak

maizah 07/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kempen Larangan Pembakaran Terbuka dan Hindari Plastik Sekali Guna di Negeri Perak
Tahun
2025
Organisasi
MAIPk
Lokasi
MAIPk

Penerangan

26 Jun 2025, Khamis - Sekitar Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak kali Ke-232 Bil.2/2025 yang diadakan di Komplek Islam Darul Ridzuan telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh. Dalam persidangan itu, Pengarah JAS Perak telah menyampaikan hasrat dan amanat simbolik iaitu Kempen Larangan Pembakaran Terbuka dan Hindari Plastik Sekali Guna kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Saarani Mohamad, dan seluruh anggota MAIPK bagi menyokong kempen-kempen kesedaran alam sekitar yang sedang berlangsung. YAB Menteri Besar Perak bersama kerajaan Negeri Perak berbesar hati bersama-sama melancarkan kempen larangan Pembakaran Terbuka berikutan cuaca panas dan kering dalam fasa monsoon Barat Daya yang bermula pada Febuari 2025 dan dijangka sehingga bulan September 2025. Selain itu, hebahan kempen hindari plastik sekali guna turut disambut baik oleh YAB Menteri Besar Perak dan kerajaan negeri Perak semasa persidangan tersebut agar sasaran penggunaan plastik sekali guna dapat diminimakan di negeri Perak khususnya. Semoga usaha dan kerjasama dengan kerajaan negeri Perak dalam melaksanakan amalan-amalan melestarikan alam sekitar dapat dipupuk di dalam jiwa rakyat negeri Perak. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_jun2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan