PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK) BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA

maizah 07/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK) BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
Tahun
2025
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
KAMPAR

Penerangan

19 Jun 2025, Kampar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Operasi Bersepadu bagi Pelepasan Asap Hitam Dari Kenderaan Bermotor bertempat di Jalan Ipoh - Kuala Lumpur pada hari ini. Ops gerak ini telah melibatkan seramai 7 orang penguatkuasa JAS Perak dan 7 orang anggota PDRM. Sepanjang Ops gerak ini berlangsung sebanyak 3 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Selain itu, 3 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terbabit bagi menjalani ujian semula. JAS Perak telah menjalankan 44 pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan berenjin diesel yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_jun2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan