Penerangan
2 JULAI 2025, PENGERANG - Pasukan Penguat Kuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang menjalankan aktiviti memproses kelapa sawit mentah bagi pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Hasil pemeriksaan mendapati premis perlu mengambil tindakan pembaikan beberapa perkara. Arahan Lapangan bagi tindakan pembaikan telah dikeluarkan kepada premis bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap AKAS 1974.
Premis industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.