Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Operasi Gempur Bersepadu Zon Borneo 2 sepanjang tempoh dari 11 hingga 19 Jun 2025.
Operasi yang melibatkan 27 orang penguatkuasa dari JAS Sarawak termasuk pejabat JAS Cawangan Sibu, Cawangan Bintulu dan Cawangan Miri turut disertai oleh pelbagai agensi seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan operasi di Bintulu.
Operasi ini telah melibatkan pemeriksaan ke atas 14 premis perindustrian sekitar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Hasil operasi, sebanyak 14 arahan di lapangan dikeluarkan bagi tindakan penambahbaikan serta merta oleh premis, 4 Notis di bawah Seksyen 31, 2 Notis di bawah Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan 2 kompaun atas pelbagai kesalahan.
Jabatan Alam Sekitar akan terus komited dalam mempergiatkan usaha penguatkuasaan bagi menjamin pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara.
“ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
#NRES
#kementeriansumberaslidankelestarianalam
#jabatanalamsekitar
#jassarawak
#alamsekitartanggungjawabbersama