Penerangan
30 JUN 2025, KULAI, JOHOR - Pasukan penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan susulan aduan di premis setelah menerima aduan awam berkaitan aduan pelepasan efluen yang berpunca daripada proses pengeluaran premis tersebut.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas basuhan kitar semula plastik di bawah Seksyen 38(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.