PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

Siasatan Aduan Pencemaran Bau Di Kawasan Perindustrian Kota Samarahan, Sarawak

charlie 03/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Siasatan Aduan Pencemaran Bau Di Kawasan Perindustrian Kota Samarahan, Sarawak
Tahun
2025
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kota Samarahan, Sarawak

Penerangan

28 Jun 2025, KOTA SAMARAHAN - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dari Unit Punca Tetap dan Aduan telah menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai pencemaran bau dari premis pemprosesan ikan di kawasan perindustrian Kota Samarahan, Sarawak. Siasatan ini dijalankan secara bersepadu bersama PDRM Kota Samarahan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dibuat bagi premis menghentikan pencemaran dan menjalankan langkah pembaikan bagi membendung pencemaran. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan