PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI OPERASI KAJIAN SEISMIK 3D MUTIARA CLUSTER DAN SB505 DI KAWASAN PERAIRAN PANTAI TIMUR, SABAH

chai 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI OPERASI KAJIAN SEISMIK 3D MUTIARA CLUSTER DAN SB505 DI KAWASAN PERAIRAN PANTAI TIMUR, SABAH
Tahun
2025
Organisasi
Petronas
Lokasi
Annex Room, The Palace Hotel, KK.

Penerangan

24 JUN 2025 Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp Ringkasan Taklimat: 1?? Tujuan taklimat dijalankan adalah utk berkongsi maklumat dan bagi mendapatkan komen/input dari 'stakeholder'/agensi Kerajaan ke atas cadangan kajian Seismik sebelum operasi kajian ini dijalankan. 2?? Kajian Seismik ini menggunakan konsep pantulan kuasa bunyi utk merekod maklumat dasar laut dan lapisan bumi. Dimaklumkan peralatan Seismik petronas mampu mencerap data sehingga kedalaman 3 - 4 Km dari dasar lantai laut. Kajian dijalankan bagi mendapatkan data/maklumat awal mengenai kehadiran bahan sumber gas & minyak di dasar laut. 3?? Taklimat cadangan Kajian Seismik telah disampaikan oleh En. Mohd. Nabil Bin Mohd. Yusof. Ketua Projek Operasi Petronas. 4?? Kajian Seismik akan dijalankan di dua lokasi iaitu Mutiara Cluster (19 Batu Notika) dari Pelabuhan Sandakan & SB505 (60 Batu Notika) dari Pelabuhan Sandakan. Operasi kajian dijangkakan akan bermula pada penghujung Bulan Julai 2025. 5?? Beberapa agensi telah memberi komen antaranya Jab. Laut, ESSCOM, TLDM, APMM, Hasil Bumi, Jab. Perikanan dll... 6?? Wakil Jabatan telah memberi input awal ke atas projek kajian ini antaranya keperluan pengurusan sisa buangan pepejal (sampah/buangan plastik dsbg..) dari krew kapal sebolehnya dikumpul utk dilupuskan ke tapak pelupusan PBT. Selain drpd itu, buangan terjadual minyak terpakai/minyak hidraulik terpakai dari aktiviti penyelenggaraan enjin kapal perlu diurus dibawah PPKAS (BT), 2005. Projek kajian tidak tertakhluk kepada pengemukaan Laporan EIA (PKKAS), 2015. Sekian untuk makluman. Terima kasih. UNIT EIA & IP

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan