PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kursus

PROGRAM KOLABORASI SSM BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN

chai 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KOLABORASI SSM BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN
Tahun
2025
Organisasi
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sabah
Lokasi
Bilik Mesyuarat SSM Sabah, Level 4, Menara MAA, Kota Kinabalu, Sabah
Diskripsi
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sabah menganjurkan program Kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan bertujuan untuk:- Mewujudkan kolaborasi di antara pihak SSM dengan agensi - agensi penguatkuasaan di Negeri Sabah disamping berkongsi maklumat berkenaan produk - produk dan perkhidmatan terkini SSM. Program tersebut telah diadakan seperti berikut: - Tarikh: 25 Jun 2025 (Rabu) Tempat: Bilik Mesyuarat SSM Sabah, Level 4, Menara MAA, Kota Kinabalu, Sabah Kehadiran Wakil JAS Sabah: PP(K) MJJ & PPK(K) SAA Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah SSM Negeri Sabah iaitu Tn. Mohd Arif Bin Hamzah kemudian disusuli dengan pembentangan seperti berikut: 1?? Pembentangan 1: Taklimat Penguatkuasaan SSM yang disampaikan oleh En. Mohamad Khairunnizat Khori, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM, Sabah. 2?? Pembentangan 2: Pengenalan Portal SSM Xcess-KJAKP oleh Pn. Roscidah Bin Mahmud, Pegawai SSM Sabah. Antara Rumusan Program adalah seperti berikut :- ??Pihak SSM mengalu- alukan kerjasama dengan agensi - agensi penguatkuasaan di Sabah untuk menjalankan operasi penguatkuasaan secara bersama. ??Pihak SSM juga menjelaskan fungsi sebagai penguatkuasa dan undang- undang serta peraturan yang berkaitan dengan perniagaan dan syarikat. ??Overview Portal SSM XCESS-KJAKP juga diterangkan secara ringkas cara penggunann sistem tersebut. ??Akta Syarikat (Pindaan) 2024 telah berkuatkuasa pada 01 April 2024 dengan objektif utama ialah memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat. Sekian untuk makluman. Unit Pendakwaan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan