PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

ADUAN PENCEMARAN AIR DI PANTAI SIRING, MELAKA

nursyuhada 17/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PENCEMARAN AIR DI PANTAI SIRING, MELAKA
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

24 Jun 2025, MELAKA - Siasatan awal pada 22 Jun 2025 oleh pasukan ronda Jabatan Alam Sekitar Melaka ke lokasi aduan di sepanjang Pantai Siring dan Anjung Batu bersama pengadu mendapati aduan adalah berasas. Semasa siasatan, air tersebut didalam keadaan berwarna hitam dan berbau busuk. Pencemaran disyaki berpunca dari air sisa kumbahan dan air basuhan (efluen) yang dilepaskan ke persekitaran tanpa perawatan yang sempurna. Beberapa premis yang dikenalpasti menjadi penyumbang kepada pencemaran ini iaitu resort, premis perniagaan, kandang lembu, perumahan penduduk dan sekolah. Suatu tindakan penguatkuasaan bersepadu akan dijalankan bersama agensi-agensi lain untuk menyelesaikan masalah pencemaran ini. Tindakan penguatkuasaan akan diambil jika terdapat sebarang ketidakpatuhan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan undang-undang sedia ada oleh agensi kerajaan yang lain. #JabatanAlamSekitar #JasMelaka #alamsekitartanggungjawabbersama #KementerianSumberAsliDanKelestarian

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan