PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SESI LIBAT URUS BAGI TINDAK BALAS KAWALAN TUMPAHAN MINYAK TAHUN 2025

rosmanyah 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS BAGI TINDAK BALAS KAWALAN TUMPAHAN MINYAK TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Port Dickson, Negeri Sembilan
Diskripsi
Tarikh: 16 hingga 19 Jun 2025. Perserta yang terlibat: Seramai 43 peserta telah menghadiri sesi libat urus kali ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri seluruh Malaysia. Selain itu, turut hadir pihak PIMMAG dan PETRONAS sebagai peserta, penceramah & fasilitator bagi aktiviti Shoreline Assessment Technic (SCAT) dan Table-Top Exercise. Objektif utama sesi libat urus: adalah untuk memberikan pendedahan berkenaan peranan dan tanggungjawab pegawai- pegawai JAS Negeri dalam menguruskan insiden tumpahan minyak berdasarkan Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Malaysia (Malaysia Oil Spill Contingency Plan, MOSCoP), Pelan Tindak Balas Pembersihan Pantai (PTPP) Negeri dan juga Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWReP). Antara pendedahan dan latihan yang diberikan adalah penggunaan Aplikasi Oilmap For Oil Spill Trajectory, map Environmental Sensitivity Index (ESI) dan SCAT termasuk latihan secara amali dalam perancangan strategi kawalan dan pembersihan, kemudiannya ada lawatan ke Gudang Peralatan Pembersihan Minyak (Oil Spill Response Equipment, OSRE) untuk mengenali setiap peralatan yang akan digunakan dalam tindak balas tumpahan minyak di laut dan pantai. Akhir sekali adalah Table Top Exercise yang melibatkan semua peserta supaya dapat melihat sejauh mana pemahaman mereka dalam pengetahuan dan pengalaman di setiap sesi ceramah, sesi SCAT amali dan sesi mengenali OSRE.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan