PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN

maisarah 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
Bandar Chukai, Pangkalan Pandan, Gong Pauh, Gong Limau, Kg Besut, Kg Fikri, Kg Mak Lagam, Binjai, Mak Chili

Penerangan

1. Tujuan Rondaan Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian. 2. Kawasan Pemantauan Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Bandar Chukai, Pangkalan Pandan, Gong Pauh, Gong Limau, Kg Besut, Kg Fikri, Kg Mak Lagam, Binjai, Mak Chili. Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini. 3. Kempen Kesedaran Banner larangan pembakaran terbuka dipasang di kawasan rondaan kerana bagi kawasan yang berpotensi untuk berlakunya pembakaran terbuka. 4. Pemantauan IPU Pemantauan dijalankan kerana kawasan sekitar kemaman. Setelah rondaan dijalankan sekitar kawasan kemaman, tiada sebarang pembakaran terbuka berlaku yang berpotensi mengakibatkan Pencemaran Udara. IPU terkini dalam keadaan sederhana iaitu 63. 5. Senarai Premis yang Dipantau a) Syarikat Ming Fatt Workshop b) Aproco Maintenance Sdn.Bhd c) IronFlex Sdn Bhd d) Yew Fatt Timber Industries Sdn Bhd e) Allied Calibration Engineering Services Sdn Bhd (Kemaman) f) In-Situ Mantenance Services SB g) Pusat Dobi Chukai h) TAC Vision Auto Services Sdn Bhd 6. Pemantauan di Check Dam Pemantauan infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut.(Sekatan air) Kod Infra : TCD 54 Lokasi : Sungai Kg. Mak Chili Aras air : tidak dapat dibaca kerana dipenuhi rumput Catatan: Disyorkan pembersihan dan penambahbaikan dijalankan ke atas Check Dam ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan