- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS
JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PENGUATKUASAAN
- Lokasi
- Mukim Batu Burok, Chendering, Rusila, Pulau Kerengga, Merchang, Kuala Abang, Kuala Dungun dan Balai Besar, Dungun
Penerangan
1. Tujuan Rondaan
Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian.
2. Kawasan Pemantauan
Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Mukim Batu Burok, Chendering, Rusila, Pulau Kerengga, Merchang, Kuala Abang, Kuala Dungun dan Balai Besar, Dungun. Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini.
3. Pemantauan Projek Check Dam
Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Kg. Tok Kah dan Kg. Batu 7, Dungun turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati projek beroperasi dengan baik tanpa sebarang impak negatif berikutan dengan perubahan keadaan cuaca semasa.
4. Kempen Kesedaran
Beberapa banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di beberapa lokasi pengumpulan stacking sebagai peringatan dan amaran kepada orang awam/penduduk setempat.
5. Pemantauan Sungai
Pemerhatian dilakukan di beberapa anak sungai sekitar daerah Dungun dan Marang. Hasil pemantauan mendapati tiada aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran sungai.
6. Senarai Premis yang Dipantau
* Jardin Manufacturing Sdn. Bhd.
* GSW Engineering & Services
* Serai Bersatu Maju Sdn. Bhd.
* Tekun Concrete (M) Sdn. Bhd.
* Sunway Paving Solutions Sdn. Bhd.
* PRM Rice Vermicelli Sdn. Bhd.
* APTIV Malaysia Sdn. Bhd.
* Pertima Terengganu Sdn. Bhd.
* Perodua Kuala Terengganu Body & Spray