Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sabak Bernam telah melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar Sabar Bernam. Pemantauan di kawasan kilang mendapati tiada pelepasan efluen berlaku, dan tiada sebarang kacau ganggu bau atau pelepasan efluen yang mencurigakan dikesan semasa pemeriksaan. Selain itu, rondaan cegah pembakaran terbuka turut dilaksanakan di beberapa kawasan perumahan dan kampung iaitu Taman Alam Jaya, Taman Kilauan, Taman Cahaya 2, Kampung Raja Musa, Tanjong Karang serta Sungai Haji Dorani.
Hasil pemantauan di semua lokasi mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku sepanjang rondaan dijalankan. Keseluruhan keadaan di lapangan adalah terkawal dan mematuhi peraturan alam sekitar yang ditetapkan.