PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” Kenderaan Diesel UKM JAS Selangor Bil 12/2025 Bersama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor Dengan Penglibatan JAS Cawangan Gombak Pada 12 Jun 2025

normuhamad 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” Kenderaan Diesel UKM JAS Selangor Bil 12/2025 Bersama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor Dengan Penglibatan JAS Cawangan Gombak Pada 12 Jun 2025
Tahun
2025
Organisasi
PDRM DAN JAS SELANGOR
Lokasi
GOMBAK

Penerangan

Sepanjang tempoh operasi, anggaran sebanyak 357 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis telah melalui titik pemeriksaan yang ditetapkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 buah kenderaan telah ditahan untuk menjalani saringan secara visual oleh pihak berkuasa. Hasil daripada saringan itu, 5 buah kenderaan telah diarahkan untuk menjalani ujian pelepasan asap menggunakan peralatan “Smoke Meter”. Daripada ujian yang dijalankan, 2 buah kenderaan didapati gagal mematuhi had ketumpatan asap yang ditetapkan, iaitu tidak melebihi 50% seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996. Susulan itu, kertas siasatan akan dibuka bagi tujuan mendapatkan izin untuk mengeluarkan kompaun terhadap pemilik kenderaan yang terbabit, mengikut Seksyen 45, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Di samping itu, pemilik kedua-dua kenderaan tersebut turut dikenakan tindakan Notis Arahan untuk menjalani pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah peruntukan Seksyen 48A(1), Akta yang sama. Seorang lagi pemilik kenderaan diesel turut dikenakan Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM tanpa dikenakan kompaun. Secara keseluruhan, jumlah tindakan yang telah diambil melibatkan dua kompaun dan tiga notis arahan pemeriksaan semula.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan