Penerangan
12 Jun 2025, WP Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur telah menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan motosikal dalam satu operasi penguatkuasaan.
Seramai lapan (8) orang pegawai JASWPKL telah terlibat dalam operasi ini yang dilaksanakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024.
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 120 ujian visual dan 67 ujian bunyi bising telah dilaksanakan. Sebanyak 30 Notis Arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, manakala 25 kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
Orang ramai sentiasa dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 serta peraturan-peraturan di bawahnya demi memastikan kualiti alam sekitar sentiasa terpelihara.