PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA RAIL LINK SDN. BHD. DAN CCC ECRL SDN. BHD. KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU

maisarah 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA RAIL LINK SDN. BHD. DAN CCC ECRL SDN. BHD. KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu

Penerangan

Tuan Hamzah Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan CCC ECRL Sdn. Bhd. yang diketuai oleh En. Norhasrul Abu Hassan, Ketua Bahagian Alam Sekitar, MRL Sdn. Bhd. dan En. Ahmad Fironus Firdaus, Pengurus Alam Sekitar Seksyen 12, CCC ECRL Sdn. Bhd. Sesi kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh pegawai - pegawai kanan JAS Terengganu dan pegawai-pegawai alam sekitar (EO) daripada MRL Sdn. Bhd. dan CCC ECRL Sdn. Bhd. Sesi kunjungan hormat ini telah membincangkan status terkini pelaksanaan projek ECRL di negeri Terengganu, pematuhan terhadap aspek dan perundangan alam sekitar, isu-isu yang dihadapi dalam melaksanakan projek dan perancangan tindakan selanjutnya dalam mematuhi perundangan alam sekitar sekaligus memastikan pembangunan ini dilaksanakan secara mampan dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan