Penerangan
Rondaan dan pemantauan telah dijalankan di kawasan perindustrian serta bengkel sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya. Kawasan tumpuan termasuk Taman Perindustrian Petaling Jaya dan Subang Jaya, melibatkan laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan, Jalan Petaling Jaya, Jalan Templer, Jalan Subang Jaya, Jalan 51/223, Jalan USJ 1/31, Jalan 222 dan Jalan Mulia. Selain itu, rondaan turut difokuskan di kawasan Bebas Cukai Petaling Jaya serta kawasan perindustrian berhampiran.
Keadaan cuaca semasa rondaan adalah cerah dan panas pada waktu pagi dengan suhu sekitar 33°C, manakala pada waktu petang sekitar jam 2.30 petang, cuaca mulai mendung terutama di kawasan Petaling Jaya dan USJ. Hasil pemantauan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi, dipercayai disebabkan cuti hujung minggu dan sambutan Hari Raya Aidiladha kedua.
Pemeriksaan turut dijalankan di saluran longkang dan sungai sekitar kawasan rondaan, dan didapati tiada pelepasan efluen berlaku. Sepanjang rondaan, tiada aktiviti pembakaran terbuka atau penghasilan asap dikesan. Cerobong-cerobong premis juga tidak menunjukkan sebarang pelepasan asap.
Secara keseluruhan, keadaan di kawasan perindustrian Petaling Jaya dan Subang Jaya adalah baik, terkawal dan tiada pelanggaran alam sekitar dikesan semasa rondaan dilakukan.